Friday, December 11, 2009

PROGRAM BERKHATAN MBSA MPP ZON 10 DENGAN KERJASAMA NADI IMAN MEDICAL

Pada 6 Disember yang lalu Nadi Iman Medical telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program berkhatan MBSA MPP Zon 10. Terima kasih kami ucapkan kepada MBSA MPP Zon 10 di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program berkhatan cuti sekolah pada tahun ini.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana penyertaan bagi program ini bukan sahaja terdiri dari kaum Melayu tetapi juga dari kaum India. Inilah yang dinamakan semangat "Satu Malaysia" yang harus dijadikan contoh untuk semua.

Program ini juga menyampaikan satu mesej bahawa berkhatan bukan sahaja untuk kaum Melayu Islam demi agama tetapi ianya terbuka kepada semua kaum tidak kira bangsa atau agama demi kesihatan semua.

Bersunat kini menjadi trend kesihatan yang telah diamalkan di America Syarikat bagi mengurangkan risiko cancer penis dan juga cancer serviks. Bagi keterangan lanjut bagi artikel penyakit ini sila layari blog info kami di infonadiiman.blogspot.com.

Di bawah ini adalah bebebrapa keping gambar yang diambil bagi setiap sesi program :


Sesi penerangan malam sebelum majlis berkhatan.


Penerangan oleh Dr. Rasid.


Sesi soal jawab.


Peserta diarak menuju ke dewan MBSA.


Peserta Non-Muslim.


Sesi mengedarkan borang kebenaran berkhatan.


Sesi berkhatan.