Wednesday, January 13, 2010

KEMPEN DERMA DARAH NADI IMAN MEDICAL & CERAMAH KESIHATAN BAGI IBU-IBU MENGANDUNG - 2010




Pada 06/02/2010 Nadi Iman Medical akan menganjurkan "Program Kempen Derma Darah 2010" bertempat di No.4 Jalan Tajuh 27/29,Taman Bunga Negara,40400 Shah Alam. Program akan bermula seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini disamping dapat meningkatkan taraf kesihatan serta memenuhi keperluan tabung darah bagi yang memerlukan.

Pada jam 11.00 pagi pula akan diadakan ceramah kesihatan bagi ibu-ibu mengandung. Penceramah khas (nuttitionist) ini dijemput khas daripada pengeluar produk susu terkenal iaitu DUMEX. Susu PERCUMA akan diberikan kepada setiap peserta. Tajuk ceramah yang akan disampaikan ialah "Building your Child Immunity, Protect your Child from Inside Out".

Bagi yang berminat sila daftarkan diri di kaunter Klinik Nadi Iman Medical atau hubungi kami untuk penyertaan. Penyertaan adalah PERCUMA. Jamuan juga disediakan bagi semua peserta yang terlibat. Jangan lepaskan peluang keemasan ini demi kesihatan anda dan bayi yang bakal dilahirkan.