Saturday, June 8, 2013

Perkhidmatan yang disediakan di Klinik Nadi Iman

Anda masih lagi binggung mencari tempat yang sesuai mendapatkan perkhidmatan yang terbaik??

Marilah mencuba Klinik Nadi Iman
Sekyen 27 Shah Alam

Diantara perkhidmatan yang disediakan adalah :

1) Perkhidmatan latihan CPR ke kilang-kilang oleh pakar yang terlatih. Sebarang perkhidmatan boleh dituntut oleh Yayasan Sumber Manusia.
2) Pusat pemeriksaan Fomema setempat ( One Stop Centre ) dimana ujian pemeriksaan doktor, x-ray, ujian makmal boleh dilakukan pada tempat yang sama.
3) Terlibat aktif dalam pemeriksaan perubatan kesihatan pekerjaan dan pengalamn lebih 8 tahun yang dikendalikan oleh doktor pakar OHD yang berdaftar dengan JKKP ( Jabatan Keselamatan Kesihatan pekerjaan ).
4) Memberikan perkhidmatan di dalam kilang-kilang disekitar Shah Alam dan diluar kawasan.
5) Pemeriksaan Perubatan kesihatan lengkap ( Comprehensive Full Medical Check Up ) yang dilakukan setiap tahun kepada pekerja-pekerja kepada yang berumar lebih 35 tahun atau pekerja-pekerja pengurusan dan eksekutif yang terpilih atau pekerja-pekerja bawahan yang cemerlang tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan kesihatan tahunan mereka. Pemeriksaan yang dilakukan ini melibatkan pemeriksaan oleh doktor secara menyeluruh, pemeriksaan darah dan urine 70 item, X-ray, pemeriksaan ECG, Audiometry, Spirometry, pemeriksaan scan 2D/3D/4D untuk melihat kesihatan dalaman seperti hati, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu, payudara, prostat dan lain-lain.
6) Doktor yang memberi perkhidmatan di klinik adalah pengamal perubatan yang telah berkhidmat lebih 15 tahun dan merupakan doktor tetap klinik nadi iman.
7) Mengendalikan klinik-klinik khas seperti klinik pelansingan OBESITI, klinik berhenti merokok, klinik wanita, klinik Fisioterapi serta klinik kesuburan.
8) Boleh melantik klinik nadi iman sebagai klinik dalaman ( In House ) yang telah memberi perkhidmatan lebih 8 tahun kepada kilang Hicom Diecasting.
9) Nadi iman medical terlibat aktif dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai seperti memberi ceramah kesihatan secara percuma kepada pekerja-pekerja kilang.
10) Menyediakan perkhidmatan pembedahan kecil kepada pesakit.
11) Program Derma Darah dianjurkan juga dengan kerjasama dari Pusat Darah negara dan Hospital Klang.

Friday, June 7, 2013

Piramid Makanan






KUMPULAN MAKANAN DAN CADANGAN HIDANGAN 
ARAS 1
-(8-12 hidangan) 
- Contoh (1 hidangan): ½ cawan nasi, 1 keping roti bijirin penuh, ½ cawan mi, ½ cawan bubur nasi kosong.

ARAS 2
-(3-5 hidangan) 
- Contoh (1 hidangan): ½ cawan sayuran, ½ cawan ubi keledek/ubi kayu/ubi keladi, 1 potong betik/tembikai/nenas, ½ cawan jus buah.

ARAS 3
-(2-3 hidangan) 
-Contoh (1 hidangan):1 ketul paha ayam saiz sederhana, 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis, 2 taukwa, 2 biji telur.

ARAS 4
-(1-2 hidangan) 
- Contoh (1 hidangan):1 cawan susu, 1 cawan yogult, 1 keping keju.

ARAS 5
-(dalam kuantiti yang sedikit)
- Gula, madu.

Berikut merupakan khasiat makanan yang diperolehi daripada setiap aras dalam piramid makanan.

ARAS 1 : Sumber baik karbohidrat kompleks, membekalkan vitamin, mineral,gentian dan sedikit protein serta rendah kandungan lemak.

ARAS 2 : Sumber baik vitamin, mineral dan gentian.

ARAS 3 : Sumber baik protein, kaya vitamin B, besi, zink, magnesium dan gentian.

ARAS 4 : Sumber penting kalsium dan protein.

ARAS 5 :Lemak dan minyak mengandungi asid lemak perlu(ALP) dan vitamin A,D,E,K.Gula membekalkan kalori tetapi tidak mengandungi zat makanan yang lain.


Kalori adalah pengukuran nilai tenaga dalam makanan. Setiap makanan mempunyai nilai 
kalori yang berbeza. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan 
karbohidrat, protein dan lemak. Berikut adalah pengiraan nilai kalori :

1 g karbohidrat = 4 kalori
1 g protein = 4 kalori
1 g lemak = 9 kalori


Contoh pengiraan kalori dalam makanan

1 sudu teh gula (5 g) = 20 kalori
1 sudu teh minyak masak (5 g) = 45 kalori

Contoh 1
a) 1 cawan mihun kosong direndam (45 g) = 75 kalori
b) 1 cawan mihun (45 g) + 1 sudu teh minyak (5 g) = 120 kalori
c) 1 cawan mihun (45 g) + 2 sudu teh minyak (10 g) + 1 biji telur (50 g) + ½ cawan sayur berdaun (30 g) = 255 kalori

Contoh 2
a) 1 senduk nasi putih (75 g) = 100 kalori
b) 1 senduk nasi minyak (75 g) = 134 kalori
c) 1 senduk nasi minyak (75 g) + 
 1 ketul ayam masak merah (90 g) + 1 senduk dalca sayur (80 g) = 364 kalori

Contoh 3
a) 1 cawan air teh O kosong (200 ml) = 0 kalori
b) 1 cawan teh O (200 ml) + 1 sudu teh gula (5 g) = 20 kalori
c) 1 cawan teh O (200 ml) + 1 sudu teh gula (5 g) + 1 sudu makan krimer manis (10 g) = 110 kalori

Makanan Kuantiti/ Berat (g) Kandungan  Kalori Aktiviti / jam

Kek 1 potong (20 g) 100 Cuci kereta
Kuetiau sup 1 mangkuk (320 g) 180 Berbasikal (5 km/j)
Mi sup 1 mangkuk (320 g) 220 Berjalan (2 km/j)
Pengat pisang 1 mangkuk kecil (150 g) 250 Mengemas rumah
Roti canai 1 keping kecil (80 g) 250 Bermain bola tampar
Kentang goreng 1 cawan (90 g) 290 Berenang (20 ela/ min)
Sate ayam 10 cucuk (150 g) 360 Kecergasan kalistenik
Nasi lemak 1 pinggan (230 g) 400 Bermain tenis
'Burger' daging lembu1 keping (180 g) 430 Bermain bola keranjang
Nasi briyani (nasi sahaja)1 pinggan (245 g) 440 Mengelap lantai
Mi kari 1 mangkuk (360 g) 460 Mengangkat berat
Nasi dagang 1 pinggan (250 g) 510 Bermain bola sepak
Mi bandung 1 mangkuk (450 g) 550 Menari aerobik
Nasi goreng 1 pinggan (330 g) 640 Joging (5½ km/j) 
Set ayam goreng2 ketul ayam goreng (240 g) + coleslaw (74 g) + mashed potato (94 g) 700 Melompat tali

Masalah Sakit Tekak



Sakit tekak adalah simptom yang biasa berlaku dikalangan orang ramai 
tidak kiralah orang dewasa, orang tua mahupun kanak-kanak.

Ia berlaku di sekitar kawasan sekitar tonsil dan farinks.
Kebiasaanya ia berlaku diikuti batuk, selsema, bersin dan demam.

Antara punca-punca gejala sekit tekak ini adalah :
Jangkitan Bakteria
Jangkitan Virus
Tonsilitis

Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.

Tanda-tanda yang anda mengalami masalah sakit tekak adalah :
Hingus meleleh
Gatal kerongkong
Batuk kahak
Rasa sesak
Kerap bersin
Mata berair.
Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi
Susah untuk bercakap
Susah untuk menelan
Nafas berbau busuk


Rawatan :
Banyakkan meminum air suam
Rehat secukupnya
Sila berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan 
Boleh menghisap ubatan lozenges (pelbagai perisa) 
mengambil ubat paracetamol
antibiotik yang sesuai
*boleh didapati di klinik nadi iman*



Bagaimana Meningkatkan Khusyuk dalam solat


      

              Allah telah menerangkan berbagai macam ibadah kepada umat manusia, di antaranya adalah mengerjakan sembahyang dengan hati yang khusyuk. Kekhusyukan gerakan fizikal, merupakan cerminan kekhusyukan hati,. Sedang kekhusyukan merupakan ibadah yang nilainya paling tinggi, dan kekhusyukan yang lebih tinggi lagi nilainya adalah kekhusyukan dalam sembahyang. Allah sendiri telah memberikan pujian terhadap orang yang mengerjakan sembahyang dengan khusyuk. Dalam Al-Quran Allah telah menegaskan :

“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahayang”

“Pengertian khusyuk adalah lunak dan peraan kasih ketenangan dan ketundukan, kerinduan dan keintiman, serta kecintaan hati kepada Allah. Bila hati seseorang telah mencapai tingkatan khusyuk, maka seluruh anggota badanya pun selalu khusyuk pula. Sebab anggota badan akan selalu taat dan aptuh kepada perintah hati, sebagaimana telah ditegaskan Rasulullah : Ingatlah, di dalam tubuh manusia terdapat sepotong daging. Bila sepotong daging itu baik, seluruh anggota badan menjadi baik. Dan bila rosak, maka hancurlah seluruh tubuh. Ketahuilah, sepoting daging itu adalah hati. 


(Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Pengertian dari ayat : “ Orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang.” Adalah orang-orang yang tawadhuk, sehingga tidak mengetahui siapa yang berada di kanan atau kirinya ketika sembahayang, dan tidak melepaskan kekhusyukan kepada Allah. Demikian menurut Sa’id bin Jubair.

Imam Mujahid menerangkan tentang pengertian ayat 238 Surah Al-Baqarah, yang menegaskan: “Dan berdirilah untuk Allah (dalam sembahyangmu) dengan penuh kekhusyukan,” adalah menyempurnakan syarat dan rukun dalam sembahyang, dengan hati yang khusyuk, merendahkan pandangan mata, dan melunakkan seluruh anggota badan kerana mengharapkan rahmat Allah. Imam Mujahid juga menegaskan : “Pada zaman dahulu para ulamaselalu berusaha menghadirkan rasa takut dalam hati ketika sembahyang. Bila ada di antara mereka yang memejamkan mata, menoleh, memindahkan kerikil, bermain dengan sesuatu, atau fikiranya menerawang ketika sembahayang, maka dia sedang tidak penumpuan terhadap Allah. Dia sedang lupa dalam sembahayangnya dari erti sebenarnya sembahyang.”


Imam Mujahid menerangkan pula tentang pengertian ayat 29 Surah Al-Fath, yang menengaskan : “Tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud.” Adalah kekhusyukan dalam sembahayang. Dengan kata lain, orang yang khusyuk hatinya ketika mengerjakan sembahyang, akan berkesan pada cahaya wajahnya. Bekas-bekas sujud itu akan Nampak dalam sinar wajah yang penuh wibawa.

Imam Muslim mengetengahkan sebuah riwayat dari Usman bin Affan bahawa Rasullulah telah menegaskan “ Bila seorang muslim kedatangan waktu sembahyang fardhu kemudian dia berwudhuk dengan sempurna, mengatur kekhusyukan hati, dan menjaga rukuknya dalam sembahyang, maka dosa-dosanya yang telah lalu telah diampuni sepanjang dia tidak melakukan perbuatan dosa besar.

Abu Hurairah menerangkan : “ Pada hari kiamat nanti umat manusia dikumpulkan di padang mashyar menurut tingkat amal masing-masing di dalam sembahyang.” Jadi kekhusyukan dan ketadharuan di dalam sembahayang akan memberikan nilai tersendiri terhadap pahala sembahayang yang dilakukan. Semakin tinggi tingkat kekhusyukannya semakin besar pula pahalanya.

Abu Soleh As-Sinan menerangkan : “ Pada hari kiamat nanti umat manusia dibangunkan seraya meletakkan tanganya di atas tangan yanga lain. Ini bererti bahawa orang yang sedang sembahyang mesti selalu mengingat-ingat bahawa dirinya sedang berada di hadapan Allah, dan sedar bahawa dirinya bakal dihisab “

Mengenai pentingnya khusyuk di dalam sembahyang Rasulullah s.a.w anggota bersabda :
“Seandainya khusyuk hati (orang) ini tentu khusyuk pula seluruh anggota tubuhnya.”
Sembahyang adalah tiang agama dan sembahyang itu pula kunci kebajukan. Kerana itu setelah memenuhi syarat dan rukunnya maka orang yang sedang sembahyang juga mesti melengkapi dengan menghadirkan hati (khusyuk) sepenuhnya.



Ada 4 cara yang mesti ditempuh untuk mendapat kekhusyukan dalam sembahyang :

1)      Melupakan segala urusan di luar sembahyang dimulai sejak melakukan takbiratul ihram hingga salam.
2)      Melakukan sembahaynag dengan memilih tempat yang jauh dari keramaian.
3)      Menguasai bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan lancar.
4)      Memahami makna yang terkandung dalam bacaan sembahyang.



“sumber diperolehi daripada : buku 77 Petua Meningkatkan Kualiti Solat Anda. Jasmin Enterprise”




Thursday, June 6, 2013

Jadilah Pekerja Yang Cemerlang




    "Jadilah seorang pekerja yang menjadi rebutan majikan"



Disini terdapat beberapa garis panduan yang boleh anda contohi 

untuk menjadi salah seorang pekerja cemerlang iaitu :


a) Berdisiplin

b) Menepati masa

c) Bertanggungjawab terhadap kerja

d) Sentiasa berfikiran positif terhadap semua aspek

e) Kualiti kerja lebih daripada biasa

f) Saling menghormati

g) Berketrampilan & Sentiasa berpakaian kemas

h) Bersikap profesional 

i) Mempunyai sikap terpuji seperti :

  • • Jujur
  • • Amanah
  • • Bersikap terbuka/berfikiran terbuka
  • • Bijak berkomunikasi
  • • Personaliti yang menarik
  • • Bermotivasi tinggi
  • • Berakhlak mulia
  • j) Berkeyakinan
  • k) Bersungguh-sungguh



Mudahkan.... 


Jangan malu untuk memperbaiki diri sendiri

"Selamat Mencuba"