Thursday, June 30, 2016

PENUTUPAN KLINIK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2016


Kami warga Nadi Iman Medical
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di mana jua anda berada. Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan anda berkecil hati. Semua yang berlaku bukanlah disengajakan 
dan kami memohon ampun dan maaf atas kelemahan pihak kami.



Kami ingin mengambil kesempatan untuk membuat pengumuman bahawa
penutupan klinik Nadi Iman Medical Seksyen 27 (HQ) sempena Hari Raya Aidilfitri 2016
bermula pada 5 Julai 2016 sehingga 10 Julai 2016
& klinik akan dibuka pada 11 Julai 2016 pukul 8pagi-10malam
& akan beroperasi seperti biasa bernula 12 Julai 2016  selama 24 jam

Wednesday, June 29, 2016


KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka

FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  1. Solat sunat Tarawih
  2. Solat-solat sunat yang lain
  3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa
  5. Banyakkan membaca tahlil
  6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  8. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.

Sumber asal: http://www.jais.gov.my/article/kelebihan-puasa-di-bulan-ramadan

Cawangan Nadi Iman Medical




Nadi Iman Medical (HQ) 24 Jam
No 4,4A & 6A, Jalan Tajuh 27/29,
Taman Bunga Negara, Seksyen 27,
40400 Shah Alam Selangor
Tel/Fax : 03-5191 9657

Nadi Iman Medical 24 Jam
No24 & 26, Jalan SPU 1,
Saujana Business Park,
Bandar Saujan Putra,
42610 Jenjarom Selangor
Tel : 03-5103 8540

Nadi Iman Medical
No 16, Jalan Labu 28/23,
Seksyen 28, 40400
Shah Alam Selangor
Tel : 03-5103 3031

Nadi Iman Medical
No 57, Jalan Pelabur B,
23/B, Seksyen 23,
40200 Shah Alam Selangor
Tel : 03-5541 1154

Nadi Iman Medical 
(Kinrara Wellness)
No 5-1, Jalan BK 5A/3A,
Bandar Kinrara 5,
47180 Puchong Selangor
Tel : 03-8082 1220

Nadi Iman Medical
No6, Jalan Pauh Kijang 3/KU3,
Batu Belah 
42100 Klang Selangor
Tel : 03-3358 3535




Monday, April 27, 2015


KEMPEN DERMA DARAH 
YANG TELAH DI JALANKAN
DI KLINIK NADI IMAN MEDICAL 
CAWANGAN BANDAR SAUJANA PUTRA

JUTAAN TERIMA KASIH 
KEPADA SEMUA YANG TELIBAT 
DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI
&
JUGA KEPADA PENDERMA YANG MEMBERIKAN KERJASAMA














InsyAllah kita jumpa tahun depan :) :) :)

Friday, March 20, 2015

KEMPEN DERMA DARAH 2015



Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi kempen derma darah ini.


Anjuran 

NADI IMAN MEDICAL

dengan kerjasama

PUSAT DARAH NEGARA



Tarikh : 21 Mac 2015 (SABTU)
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : NADI IMAN MEDICAL
No 24  26, Jalan SPU 1, Saujana Business Park, Bandar Saujana Putra 42610 Jenjarom Selangor





Aktiviti yang disediakan :

1- Gerai jualan
2- Pemeriksaan mata

*makanan disediakan secara percuma*







Wednesday, March 11, 2015

JOM CEGAH DENGGI




KLINIK NADI IMAN

MENAWARKAN PEMERIKSAAN
  
UJIAN DENGGI/DENGGI TEST

YANG MENGAMBIL MASA BEBERAPA MINIT SAHAJA


Tanda-tanda demam denggi :


Demam panas • Sakit kepala • Sakit tulang belakang • Sakit sendi-sendi • Loya dan muntah-muntah • Sakit biji mata • Ruam 


Kenalpasti persekitaran anda:

Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

Di Dalam Rumah:
  • Bekas jambangan bunga (vase)
  • Kolah mandi
  • Dulang perangkap air peti sejuk
  • Tangki simpanan air
  • Lain-lain bekas menyimpan air
  • Tangki pam tandas
Di Luar Rumah:
  • Tayar buruk
  • Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin
  • Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air
  • Palong hujan (roof gutter)
  • Tempurung kelapa, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau daun keladi

"perangi denggi di tempat anda"