Allah telah menerangkan berbagai macam ibadah kepada umat manusia,
di antaranya adalah mengerjakan sembahyang dengan hati yang khusyuk.
Kekhusyukan gerakan fizikal, merupakan cerminan kekhusyukan hati,. Sedang
kekhusyukan merupakan ibadah yang nilainya paling tinggi, dan
kekhusyukan yang lebih tinggi lagi nilainya adalah kekhusyukan dalam
sembahyang. Allah sendiri telah memberikan pujian terhadap orang yang
mengerjakan sembahyang dengan khusyuk. Dalam Al-Quran Allah telah menegaskan :
“Sungguh beruntung
orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahayang”
“Pengertian khusyuk adalah lunak dan peraan kasih ketenangan dan
ketundukan, kerinduan dan keintiman, serta kecintaan hati kepada Allah. Bila
hati seseorang telah mencapai tingkatan khusyuk, maka seluruh anggota badanya
pun selalu khusyuk pula. Sebab anggota badan akan selalu taat dan aptuh kepada
perintah hati, sebagaimana telah ditegaskan Rasulullah : Ingatlah, di dalam
tubuh manusia terdapat sepotong daging. Bila sepotong daging itu baik, seluruh
anggota badan menjadi baik. Dan bila rosak, maka hancurlah seluruh tubuh.
Ketahuilah, sepoting daging itu adalah hati.
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Pengertian dari ayat : “ Orang-orang yang khusyuk dalam sembahyang.”
Adalah orang-orang yang tawadhuk, sehingga tidak mengetahui siapa yang berada
di kanan atau kirinya ketika sembahayang, dan tidak melepaskan kekhusyukan
kepada Allah. Demikian menurut Sa’id bin Jubair.
Imam Mujahid menerangkan tentang pengertian ayat 238 Surah
Al-Baqarah, yang menegaskan: “Dan berdirilah untuk Allah (dalam sembahyangmu)
dengan penuh kekhusyukan,” adalah menyempurnakan syarat dan rukun dalam
sembahyang, dengan hati yang khusyuk, merendahkan pandangan mata, dan melunakkan
seluruh anggota badan kerana mengharapkan rahmat Allah. Imam Mujahid juga
menegaskan : “Pada zaman dahulu para ulamaselalu berusaha menghadirkan rasa
takut dalam hati ketika sembahyang. Bila ada di antara mereka yang memejamkan
mata, menoleh, memindahkan kerikil, bermain dengan sesuatu, atau fikiranya
menerawang ketika sembahayang, maka dia sedang tidak penumpuan terhadap Allah.
Dia sedang lupa dalam sembahayangnya dari erti sebenarnya sembahyang.”
Imam Mujahid menerangkan pula tentang pengertian ayat 29 Surah
Al-Fath, yang menengaskan : “Tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari
bekas sujud.” Adalah kekhusyukan dalam sembahayang. Dengan kata lain, orang
yang khusyuk hatinya ketika mengerjakan sembahyang, akan berkesan pada cahaya
wajahnya. Bekas-bekas sujud itu akan Nampak dalam sinar wajah yang penuh
wibawa.
Imam Muslim mengetengahkan sebuah riwayat dari Usman bin Affan
bahawa Rasullulah telah menegaskan “ Bila seorang muslim kedatangan waktu sembahyang
fardhu kemudian dia berwudhuk dengan sempurna, mengatur kekhusyukan hati, dan
menjaga rukuknya dalam sembahyang, maka dosa-dosanya yang telah lalu telah diampuni
sepanjang dia tidak melakukan perbuatan dosa besar.
Abu Hurairah menerangkan : “ Pada hari kiamat nanti umat manusia
dikumpulkan di padang mashyar menurut tingkat amal masing-masing di dalam
sembahyang.” Jadi kekhusyukan dan ketadharuan di dalam sembahayang akan
memberikan nilai tersendiri terhadap pahala sembahayang yang dilakukan. Semakin
tinggi tingkat kekhusyukannya semakin besar pula pahalanya.
Abu Soleh As-Sinan menerangkan : “ Pada hari kiamat nanti umat
manusia dibangunkan seraya meletakkan tanganya di atas tangan yanga lain. Ini
bererti bahawa orang yang sedang sembahyang mesti selalu mengingat-ingat bahawa
dirinya sedang berada di hadapan Allah, dan sedar bahawa dirinya bakal dihisab “
Mengenai pentingnya khusyuk di dalam sembahyang Rasulullah s.a.w
anggota bersabda :
“Seandainya khusyuk hati (orang) ini tentu khusyuk pula seluruh
anggota tubuhnya.”
Sembahyang adalah tiang agama dan sembahyang itu pula kunci
kebajukan. Kerana itu setelah memenuhi syarat dan rukunnya maka orang yang
sedang sembahyang juga mesti melengkapi dengan menghadirkan hati (khusyuk)
sepenuhnya.
Ada 4 cara yang mesti ditempuh untuk mendapat kekhusyukan dalam
sembahyang :
1)
Melupakan segala urusan di luar sembahyang dimulai sejak melakukan
takbiratul ihram hingga salam.
2)
Melakukan sembahaynag dengan memilih tempat yang jauh
dari keramaian.
3)
Menguasai bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan lancar.
4)
Memahami makna yang terkandung dalam bacaan sembahyang.
“sumber diperolehi
daripada : buku 77 Petua Meningkatkan Kualiti Solat Anda. Jasmin Enterprise”
No comments:
Post a Comment