Monday, September 6, 2010

"DATANG LA BERAMAI-RAMAI KE PROGRAM DERMA DARAH DAN MAJLIS RUMAH TERBUKA NADI IMAN MEDICAL"

Pengumuman:
Pada 25 Sept 2010 bertempat di nadi iman medical NO 4,4A&6A,Jalan Tajuh 27/29,Taman Bunga Negara Shah Alam akan diadakan satu program derma darah dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Disamping menderma darah, Nadi Iman Medical mangadakan jamuan rumah terbuka eidulfitri.Program akan bermula seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini disamping dapat meningkatkan taraf kesihatan serta memenuhi keperluan tabung darah bagi mereka yang memerlukan terutamanya di musim2 perayaan.
Bagi yang berminat sila daftarkan diri di kaunter Klinik Nadi Iman Medical atau hubungi kami untuk penyertaan.Talian Pejabat 03-5191 9657.
Sokongan dan kerjasama anda amat kami alu-alukan...
Sekian,Terima Kasih.

Sunday, September 5, 2010

JOM CEGAH DENGGI

"AWAS DENGGI"
Jika anda demam berlarutan
-3 hari @lebih
-Sakit otot/sendi
-Ruam-ruam di badan
-Bintik-bintik darah di badan/Lebam di badan
-Gusi mudah berdarah
-Sakit kepala,muntah,cirit-birit
-Tiada perubahan dengan ubat doktor
JANGAN BERLENGGAH LAGI!!!MUNGKIN ANDA MENGIDAP DEMAM DENGGI
DAPATKAN RAWATAN SEGERA,LAKUKAN UJIAN DARAH(+-5 minit sahaja)
ANDA MAMPU MENCEGAH TRAGEDI......

Hubungi kami
03-51919657

Sunday, May 9, 2010

VAKSIN H1N1







Seperti yang diketahui umum, H1N1 adalah satu penyakit baru yang melanda
dunia ketika ini,ianya sangat mudah berjangkit dan tersebar..sebagai langkah awal bagi menggelakkan penularan ini dari terus berlaku,terdapat vaksin yang
Publish Post
boleh diambil oleh setiap individu.

Kini Nadi Iman menawarkan Suntikan Valsin H1N1...
Bertindak segera demi kesihatan anda sekeluarga dan masyarakat seluruhnya!!

Sebarang pertanyaan;0351919657/0192033797

Wednesday, May 5, 2010

Kematian akibat Denggi meningkat dan membimbangkan.

BH dalam laporan pada 5 Mac 2010,Jumaat menyiarkan berita gejala Demam Denggi yang semakin meningkat.KKM mengarahkan masyarakat lebih prihatin dan peka dengan masalah ini dan sama-sama mengambil langkah2 bagi mencegah tempat pembiakan Aedes.Sekurang-kurangnya 1 kali seminggu kawasan dalam dan luar rumah hendaklah dibersihkan.KKM juga telah mengadakan mesyuarat dengan Pegawai Kesihatan Negeri dan Daerah yang bermasalah Denggi yang tinggi.
Bagi tempoh 21-27 Feb 2010,jumlah kes meningkat 205% kepada 1,121 kes berbanding 935 kes denngan 2 kematian pada minggu sebellum ini.Jumlah kes terkumpul pula adalah 8,349 kes dan 31 kematian berbanding 9,937 kes dengan 28 kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Why Chest X-Rays?

The chest x-ray is an important diagnostic tool. But what can it reveal about your health?...






Firstly, chest x-rays can diagnose a ' large number of conditions ', aside from broken bones and item that may have been swallowed or lodge in the chest area.
Your doctor may recommend a chest x-ray if you complain of difficulty breathing , shortness of breath , a persistent cough , chest pain , or had a recent chest injury.
A chest x-ray can detect:

Changes in the size and shape of Heart.

These changes can indicate valve damage, heart failure , pericardial effusion, and congenital heart defects.

Lung Abnormalities.

Lung problems occur as result of heart conditions , including pulmonary oedema (accumulation of fluid in the lungs) , chronic obstructive pulmonary, cancer , cystic fibrosis and infection such as pneumonia.

Damaged Blood Vessels.

The large vessels situated close to the heart are clearly visible on an x-ray. Therefore, problem with the pulmonary arteries , aorta , and veins can be detected by x-ray. eg: aneurysm.

Calcium Deposits.

Calcium deposition can happen in your heart , blood vessels and lungs. This can cause serious problem such as damage to the heart muscle , valve and pericardium.

Abnormalities due to Injury.

Rib fracture and lung damage can occur due to an injury.

What Should You Expect?

Having an x-ray done is not something you should worry about. It is a simple , quick , and painless procedure.If radiation is something you are worried about, fret no more! The amount of radiation released during chest x-rays is low; in fact one of the lowest among diagnostic imaging methods.

Monday, April 12, 2010

BERSEDIA MENGHADAPI GELOMBANG KE-2 H1N1

Di peringkat antarabangsa, penularan jangkitan influenza A(H1N1) masih lagi aktif khususnya di Asia Tenggara, Afrika Barat dan Afrika Timur serta negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara seperti di Eropah Timur dan Selatan, Asia Selatan dan Timur. Sehingga 21 Mac 2010, jumlah kematian akibat jangkitan influenza A(H1N1) di seluruh dunia adalah melebihi 16,931 kes, iaitu meningkat sebanyak 118 kes(0.7%) berbanding dengan minggu sebelumnya.

Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.


Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

4. Wanita mengandung

5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

6. Dewasa dan kanak-kanak yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain


Peranan Masyarakat dalam Mencegah Influenza A (H1N1)

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

* Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

* Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

* Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

o Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

o Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

o Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

o Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI"

DAPATKAN TEST KIT INFLUENZA DAN SUNTIKAN INFLUENZA TERKINI DI "NADI IMAN MEDICAL" ATAU HUBUNGI KAMI DI TALIAN 03-51919657 ATAU 019-2033797 (DR.ABDUL RASID MOHAMED ALI)...