Friday, October 11, 2013

Perkidmatan x-ray selama 24 jam


Dulu pemeriksaan x-ray hanya pada waktu siang sahaja
Kini perkhidmatan X-ray Nadi Iman Medical telah beroperasi
selama 24 jam
& mengunakan CR sistem

Anda tidak perlu ragu & bimbang.........
Semua pemeriksaan x-ray adalah dibenarkan 
atas arahan daripada Doktor yang bertugas

Juru X-ray adalah terlatih & telah mendapat kelulusan daripada KKM


Pemeriksaan X-ray tidak memakan masa yang panjang
& mudah sahaja

Report x-ray boleh anda perolehi pada masa yang sama
& sekiranya 
anda ingin Report X-ray daripada Doktor Pakar
ia mengambil masa 3 atau 4 hari sahaja

Sebelum itu, wanita mengandung diharap mendapat nasihat doktor
terlebih dahulu sebelum menjalankan pemeriksaan X-ray



Caj sangat berpatutan!!!

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 03-5191 9657 
untuk Nadi Iman Medical Seksyen 27







Thursday, October 10, 2013

Promosi Hebat


Anda mengandung ??
atau ingin mengetahui keadaan kandungan anda??

Nadi Iman Medical kini melancarkan 
PROMOSI HEBAT
bermula bulan ini sehingga hujung tahun sahaja

untuk Ultrasound 
Scan Biasa, 3D4D

Kami tawarkan harga yang sangat murah 
berbanding dengan tempat lain
 & memerlukan masa yang singkat iaitu selama 10-15 minit sahaja




Dapat melihat muka bayi dalam kandungan dengan jelas sekali..
 & anda pasti teruja..........

Selain itu, imbasan ini membolehkan doktor memastikan janin anda berada dalam ruang sihat serta selamat menerusi kedudukan uri di segmen atas rahim, atau kandungan air ketuban mencukupi atau sebaliknya

Menerusi imbasan tiga dimensi 3D pula, seseorang ibu/ayah dapat melihat jelas keadaan kandungannya, khususnya janin tidak sempurna atau cacat. Bila melihat keadaannya kandungan luar biasa, selalunya ibu akan lebih bersedia menerimanya, berbanding ibu yang langsung tidak tahu keadaan anaknya yang cacat sekali gus dapat mengelakkan ibu daripada rasa kecewa atau murung selepas melahirkan,

Pertama kali dilakukan dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan (sehingga kandungan bersuai 12 minggu).


Marilah berkunjung ke Nadi Iman Medical
Kami sedia membantu anda

Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami ditalian
03-51038540 cawangan BSP

Sila buat temujanji terlebih dahulu sebelum berkunjung ke
klinik kami

Friday, October 4, 2013

TIPS BERHENTI MEROKOK!!!





Ingin membuang tabiat merokok???
Tetapi tidak mengetahui cara yang betul...

MARI KITA BERKONGSI TIPS UNTUK BERHENTI MEROKOK

1. Melengah-lengahkan
* Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2. Menarik nafas panjang
* Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3. Minum air
* Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4. Menyibukkan diri
* Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
5. Menjauhkan diri
* Daripada orang yang merokok
6. Mengelakkan diri
* Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
7. Mengunyah sesuatu
* Seperti gula-gula dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot
* Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11. Meditasi
12. Memohon doa
* Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
13. Mendapatkan nasihat doktor pakar
* Boleh kunjungi Klinik Nadi Iman
HARGA SANGAT BERPATUTAN


Jadi katakan Tak Nak Pada Rokok !!!!!!!!!!!

Mulai sekarang pilihan ada pada tangan anda sendiri
sama ada berhenti ataupun menjadi seperti dibawah





Tuesday, September 3, 2013

Jawatan Kosong Untuk Doktor Perubatan



Jawatan kosong untuk Doktor Perubatan

a)      Muslim
b)      Warganegara Malaysia
c)       Lelaki/Perempuan
d)      Mempunyai sijil
e)      Mempunyai APC terkini
f)       Berdaftar dengan MMC
g)      Bertanggungjawab, berkebolehan, bijak mengurus pesakit
h)      Senang berkomunikasi & tidak cerewet

Keistimewaan klinik :

·         Beroperasi 24 jam, X-ray digital, Ultrasound, Bioptron, Ecg, Nebulizer, Spirometry, Audiometry, Physiotherapy, Fomema One Stop Centre, Berkhatan, Klinik pelansingan Obesiti, berhenti merokok, Pap Smear, Minor Surgery, Medical Check Up, Medical Surveilance, Rawatan Kecemasan dll

Thursday, August 22, 2013

Cawangan Baru Klinik Nadi Iman

Assalamualaikum w.b.t

Sekiranya belum terlambat kami seluruh warga Nadi Iman 
ingin menyusun sepuluh jari (memohon maaf) sekiranya terdapat 
kesalahan @ kesilapan yang tak disengajakan
sewaktu kami menjalankan tanggungjawab 
untuk berkhidmat kepada anda semua....

untuk makluman semua....
Cawangan baru kami di Bandar Saujana Putra (Jenjarom)
kini dengan rasminya telah dibuka...

Nadi Iman Bandar Saujana Putra ini sama seperti klinik kami
yang terdapat di seksyen 27 shah alam (HQ)
contohnya: menerima kes kecemasan, medical check up, fomema ( akan datang ),
dan lain-lain.

" Perasmian/Open house Klinik Nadi Iman Bandar Saujana Putra akan diumumkan kelak " 







Saturday, June 8, 2013

Perkhidmatan yang disediakan di Klinik Nadi Iman

Anda masih lagi binggung mencari tempat yang sesuai mendapatkan perkhidmatan yang terbaik??

Marilah mencuba Klinik Nadi Iman
Sekyen 27 Shah Alam

Diantara perkhidmatan yang disediakan adalah :

1) Perkhidmatan latihan CPR ke kilang-kilang oleh pakar yang terlatih. Sebarang perkhidmatan boleh dituntut oleh Yayasan Sumber Manusia.
2) Pusat pemeriksaan Fomema setempat ( One Stop Centre ) dimana ujian pemeriksaan doktor, x-ray, ujian makmal boleh dilakukan pada tempat yang sama.
3) Terlibat aktif dalam pemeriksaan perubatan kesihatan pekerjaan dan pengalamn lebih 8 tahun yang dikendalikan oleh doktor pakar OHD yang berdaftar dengan JKKP ( Jabatan Keselamatan Kesihatan pekerjaan ).
4) Memberikan perkhidmatan di dalam kilang-kilang disekitar Shah Alam dan diluar kawasan.
5) Pemeriksaan Perubatan kesihatan lengkap ( Comprehensive Full Medical Check Up ) yang dilakukan setiap tahun kepada pekerja-pekerja kepada yang berumar lebih 35 tahun atau pekerja-pekerja pengurusan dan eksekutif yang terpilih atau pekerja-pekerja bawahan yang cemerlang tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan kesihatan tahunan mereka. Pemeriksaan yang dilakukan ini melibatkan pemeriksaan oleh doktor secara menyeluruh, pemeriksaan darah dan urine 70 item, X-ray, pemeriksaan ECG, Audiometry, Spirometry, pemeriksaan scan 2D/3D/4D untuk melihat kesihatan dalaman seperti hati, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu, payudara, prostat dan lain-lain.
6) Doktor yang memberi perkhidmatan di klinik adalah pengamal perubatan yang telah berkhidmat lebih 15 tahun dan merupakan doktor tetap klinik nadi iman.
7) Mengendalikan klinik-klinik khas seperti klinik pelansingan OBESITI, klinik berhenti merokok, klinik wanita, klinik Fisioterapi serta klinik kesuburan.
8) Boleh melantik klinik nadi iman sebagai klinik dalaman ( In House ) yang telah memberi perkhidmatan lebih 8 tahun kepada kilang Hicom Diecasting.
9) Nadi iman medical terlibat aktif dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai seperti memberi ceramah kesihatan secara percuma kepada pekerja-pekerja kilang.
10) Menyediakan perkhidmatan pembedahan kecil kepada pesakit.
11) Program Derma Darah dianjurkan juga dengan kerjasama dari Pusat Darah negara dan Hospital Klang.

Friday, June 7, 2013

Piramid Makanan






KUMPULAN MAKANAN DAN CADANGAN HIDANGAN 
ARAS 1
-(8-12 hidangan) 
- Contoh (1 hidangan): ½ cawan nasi, 1 keping roti bijirin penuh, ½ cawan mi, ½ cawan bubur nasi kosong.

ARAS 2
-(3-5 hidangan) 
- Contoh (1 hidangan): ½ cawan sayuran, ½ cawan ubi keledek/ubi kayu/ubi keladi, 1 potong betik/tembikai/nenas, ½ cawan jus buah.

ARAS 3
-(2-3 hidangan) 
-Contoh (1 hidangan):1 ketul paha ayam saiz sederhana, 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis, 2 taukwa, 2 biji telur.

ARAS 4
-(1-2 hidangan) 
- Contoh (1 hidangan):1 cawan susu, 1 cawan yogult, 1 keping keju.

ARAS 5
-(dalam kuantiti yang sedikit)
- Gula, madu.

Berikut merupakan khasiat makanan yang diperolehi daripada setiap aras dalam piramid makanan.

ARAS 1 : Sumber baik karbohidrat kompleks, membekalkan vitamin, mineral,gentian dan sedikit protein serta rendah kandungan lemak.

ARAS 2 : Sumber baik vitamin, mineral dan gentian.

ARAS 3 : Sumber baik protein, kaya vitamin B, besi, zink, magnesium dan gentian.

ARAS 4 : Sumber penting kalsium dan protein.

ARAS 5 :Lemak dan minyak mengandungi asid lemak perlu(ALP) dan vitamin A,D,E,K.Gula membekalkan kalori tetapi tidak mengandungi zat makanan yang lain.


Kalori adalah pengukuran nilai tenaga dalam makanan. Setiap makanan mempunyai nilai 
kalori yang berbeza. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan 
karbohidrat, protein dan lemak. Berikut adalah pengiraan nilai kalori :

1 g karbohidrat = 4 kalori
1 g protein = 4 kalori
1 g lemak = 9 kalori


Contoh pengiraan kalori dalam makanan

1 sudu teh gula (5 g) = 20 kalori
1 sudu teh minyak masak (5 g) = 45 kalori

Contoh 1
a) 1 cawan mihun kosong direndam (45 g) = 75 kalori
b) 1 cawan mihun (45 g) + 1 sudu teh minyak (5 g) = 120 kalori
c) 1 cawan mihun (45 g) + 2 sudu teh minyak (10 g) + 1 biji telur (50 g) + ½ cawan sayur berdaun (30 g) = 255 kalori

Contoh 2
a) 1 senduk nasi putih (75 g) = 100 kalori
b) 1 senduk nasi minyak (75 g) = 134 kalori
c) 1 senduk nasi minyak (75 g) + 
 1 ketul ayam masak merah (90 g) + 1 senduk dalca sayur (80 g) = 364 kalori

Contoh 3
a) 1 cawan air teh O kosong (200 ml) = 0 kalori
b) 1 cawan teh O (200 ml) + 1 sudu teh gula (5 g) = 20 kalori
c) 1 cawan teh O (200 ml) + 1 sudu teh gula (5 g) + 1 sudu makan krimer manis (10 g) = 110 kalori

Makanan Kuantiti/ Berat (g) Kandungan  Kalori Aktiviti / jam

Kek 1 potong (20 g) 100 Cuci kereta
Kuetiau sup 1 mangkuk (320 g) 180 Berbasikal (5 km/j)
Mi sup 1 mangkuk (320 g) 220 Berjalan (2 km/j)
Pengat pisang 1 mangkuk kecil (150 g) 250 Mengemas rumah
Roti canai 1 keping kecil (80 g) 250 Bermain bola tampar
Kentang goreng 1 cawan (90 g) 290 Berenang (20 ela/ min)
Sate ayam 10 cucuk (150 g) 360 Kecergasan kalistenik
Nasi lemak 1 pinggan (230 g) 400 Bermain tenis
'Burger' daging lembu1 keping (180 g) 430 Bermain bola keranjang
Nasi briyani (nasi sahaja)1 pinggan (245 g) 440 Mengelap lantai
Mi kari 1 mangkuk (360 g) 460 Mengangkat berat
Nasi dagang 1 pinggan (250 g) 510 Bermain bola sepak
Mi bandung 1 mangkuk (450 g) 550 Menari aerobik
Nasi goreng 1 pinggan (330 g) 640 Joging (5½ km/j) 
Set ayam goreng2 ketul ayam goreng (240 g) + coleslaw (74 g) + mashed potato (94 g) 700 Melompat tali