Wednesday, May 15, 2013

Katakan TIDAK pada DIABETIS !!!!!!!


Kenali Tanda Pra-Diabetes dan Cara Mengawalnya

Pra diabetes adalah keadaan di mana seseorang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi dari paras biasa, tapi belum cukup tinggi untuk menjad diabetes atau kencing manis. Sekiranya tidak dikawal, ia akan berpotensi tinggi untuk menjadi individu yang diabetik.
Individu pra diabetes cenderung untuk mengalami kenaikan paras gula disebabkan oleh keupayaan tubuh yang menurun untuk menjalankan fungsi ini.
Tanda tanda dan siapakah yang berada dalam kumpulan pra diabetes?
1. Sering keletihan, kehausan dan kerap membuang air kecil.
Ia adalah tanda-tanda biasa penghidap diabetes. Sekiranya anda ada menghadapinya, kemungkinan besar anda seorang pra diabetik.

2. Tidak cukup tidur menggangu sistem tubuh badan anda. Antara akibatnya anda mungkin mengalami ketidakseimbangan gula dalam darah.
3. Sejarah keluarga yang menghidap diabetes
4. Anda seorang yang Obesiti 
5. Sekiranya anda menghidap PCOS, ia meningkakan risiko ini.

Punca kencing manis
Penyakit kencing manis disebabkan oleh beberapa faktor. Di antara punca-punca utama yang dikenalpasti adalah jumlah berat badan berlebihan (obesiti), faktor keturunan, tahap kolesterol yang tinggi, stress atau tekanan emosi yang berlebihan & berterusan, pengambilan alkohol yang banyak, amalan pemakanan tidak berkhasiat atau tidak seimbang, kurang membuat aktiviti fizikal (senaman) dan tekanan darah tinggi. Selalunya, sesiapa yang mempunyai lebih daripada satu punca-punca yang disebut tadi mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit kencing manis.

Tanda-tanda awal kencing manis

Tanda-tanda awal apabila seseorang itu mula menghidapi penyakit kencing manis adalah penurunan berat badan yang mendadak, luka yang lambat sembuh, sering buang air kecil, selalu rasa lapar dan rasa haus yang luar biasa, kabur penglihatan, rasa kebas-kebas di kaki dan tangan, otot lemah, sentiasa berasa letih, cepat marah dan bagi wanita, gatal di bahagian kemaluan.

Penyakit yang boleh berlaku akibat daripada kencing manis yang berlanjutan.
  • Gangren (tisu mati), kudis yang menular yang boleh menyebabkan kaki dipotong
      
  • Rabun yang boleh mengakibatkan buta.
  • Serangan jantung.
  • Angin ahmar (stroke)
  • Tekanan darah tinggi.
  • Penyakit buah pinggang
  • Koma atau tidak sedarkan diri
  • Penyakit saraf (hilang deria rasa sentuh) Contohnya tidak merasai kesakitan akibat terpijak objek tajam.


Perubahan Cara Hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
  • Pemakanan
    Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman
    Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan
    Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri
    Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.


No comments:

Post a Comment