Friday, December 11, 2009

PROGRAM BERKHATAN MBSA MPP ZON 10 DENGAN KERJASAMA NADI IMAN MEDICAL

Pada 6 Disember yang lalu Nadi Iman Medical telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program berkhatan MBSA MPP Zon 10. Terima kasih kami ucapkan kepada MBSA MPP Zon 10 di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program berkhatan cuti sekolah pada tahun ini.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana penyertaan bagi program ini bukan sahaja terdiri dari kaum Melayu tetapi juga dari kaum India. Inilah yang dinamakan semangat "Satu Malaysia" yang harus dijadikan contoh untuk semua.

Program ini juga menyampaikan satu mesej bahawa berkhatan bukan sahaja untuk kaum Melayu Islam demi agama tetapi ianya terbuka kepada semua kaum tidak kira bangsa atau agama demi kesihatan semua.

Bersunat kini menjadi trend kesihatan yang telah diamalkan di America Syarikat bagi mengurangkan risiko cancer penis dan juga cancer serviks. Bagi keterangan lanjut bagi artikel penyakit ini sila layari blog info kami di infonadiiman.blogspot.com.

Di bawah ini adalah bebebrapa keping gambar yang diambil bagi setiap sesi program :


Sesi penerangan malam sebelum majlis berkhatan.


Penerangan oleh Dr. Rasid.


Sesi soal jawab.


Peserta diarak menuju ke dewan MBSA.


Peserta Non-Muslim.


Sesi mengedarkan borang kebenaran berkhatan.


Sesi berkhatan.

Tuesday, November 3, 2009

PROGRAM BERKHATAN CUTI SEKOLAH 2009

Bersempena cuti sekolah akhir tahun ini, kami di Nadi Iman Medical menganjurkan program berkhatan beramai-ramai pada November dan Disember ini..

Pakej-pakej yang disediakan adalah seperti berikut:

Pakej 1
- Cut & Stich
- Berkumpulan (kawan2, keluarga, sekolah)
- Oleh sekumpulan doktor GP
- Sehari peruntukan 20 orang sahaja
- RM80 seorang (Deposit RM50)

Pakej 2
- Smart Klamp
- Individu (Perseorangan)
- Oleh Dr.Abdul Rashid Mohamed Ali
- RM150 seorang (Deposit RM50)



Pakej 3
- Laser circumcised
- Individu (Perseorangan)
- Oleh Dr.Abdul Rashid Mohamed Ali
- RM150 seorang (Deposir RM50)

CEPAT !!!!
JANGAN KETINGGALAN
Sila bawa rakan-rakan dan saudara-mara bagi memeriahkan lagi program ini.
HOTLINE : 03-51919657
BLOG : nadiiman@blogspot.com

Tarikh program : 21 NOV – 21 DDEC 2009
Tempat : Nadi Iman Medical (klinik) atau
Sekolah (mengikut permintaan)
Masa : 10.00 am – 6.00 pm

Friday, October 23, 2009

AKTIVITI NADI IMAN MEDICAL

1.BRIDGESTONE ARMSTRONG SDN BHD (MEDICAL SURVEILLANCE CHECK UP 2005, 2006,2007, 2008, 2009)

2.BRIDGESTONE REI KOMPOSIT SDN BHD (MEDICAL SURVEILLANCE CHECK UP 2005, 2006, 2007, 2008, 2009)

3.UEDA PLATING (M) SDN BHD (MEDICAL SURVEILLANCE CHECK UP 2004, 2005, 2006)

4.INTEGRATED GROUP (HEALTH TALK 2006, 2007, 2009)

5.OMYA MALAYSIA (MEDICAL SURVEILLANCE CHECK UP 2009)

6.SENJU (M) SDN. BHD.(ANNUAL MEDICAL CHECK UP 2009)

7.SUMITOMO ELECTRIC (WINTEC) SDN. BHD.(MEDICAL SURVEILLANCE 2009)

8.SUMITOMO ELECTRIC (WINTEC)SDN. BHD.(OPTHALMOLOGY EXAMINATION 2009)

9.HICOM DIECASTING(MEDICAL SURVEILLANCE 2009)

Services Provided by Nadi Iman Medical

1) 24 Hours Clinic (Emergency, Outpatient, Surgery and Circumcision )
2) X-Ray services.
3) Ultra Sound Scan (2D, 3D, 4D)
4) ECG
5) Spirometry
6) Audiometry.
7) Senior medical officer - more than 15 years experience
8) CPR Training
9) Health Talk.
10) Medical Check up (Pre-occupational, Executive, Occupational Health, X-Ray Workers and FOMEMA.
11) Pharmacy and Healthcare.
12) Budget In-House Clinic.
13) Occupational Health Doctor (OHD).

Tuesday, October 20, 2009

X-RAY CENTRE

Nadi Iman Medical mempunyai kemudahan peralatan perubatan yang lengkap termasuk mesin X-ray. Dengan adanya perkhidmatan ini, pesakit yang mengalami gangguan kesihatan atau kecederaan dalaman seperti keretakan tulang dapat membantu doktor meneliti keadaan sebenar kecederaan tersebut. Khidmat x-ray juga digunakan semasa membuat “Medical Check-up” khusus untuk FOMEMA bagi pekerja asing, syarat kemasukan belajar dan lain-lain. Keputusan X-Ray boleh diperoleh pada masa yang sama bersama laporan bertaip.

IN-HOUSE CLINIC



Klinik panel dalaman adalah perkhidmatan klinik ke premis syarikat mengikut kehendak dan permintaan syarikat. Klinik panel dalaman dapat memberi kemudahan kepada pekerja-pekerja di syarikat terbabit untuk mendapatkan khidmat rawatan dan perubatan di kilang atau syarikat pada masa yang ditetapkan tanpa mengganggu waktu kerja. Doktor-doktor yang berpengalaman dan kakitangan terlatih akan di hantar untuk perkhidmatan ini.

Syarikat yang ditawarkan mestilah mempunyai jumlah kakitangan melebihi 500 orang.

Pengenalan dan Misi NADI IMAN MEDICAL

Nadi Iman Medical adalah sebuah klinik 24 jam yang memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada pesakit di sekitar seksyen 26, 27 dan 28, Putra Height, Bukit Lanchung, Subang Jaya, USJ dan juga disekitar kawasan Puchong. Selain daripada itu, ia juga memberi perkhidmatan klinik dalaman di kilang-kilang, pemeriksaan kesihatan FOMEMA, X-ray, Farmasi, Perkhidmatan Scan 3D/4D dan juga memberi latihan CPR serta membuat pemeriksaan kesihatan pekerjaan oleh doktor pakar OHT.

Nadi Iman Medical ini mula beroperasi pada Disember 1999 dan didaftarkan dibawah akta pertubuhan pada 24 Febuari serta pada 2008, ia didaftarkan dibawah Kementerian Kesihatan Swasta. Ia mula beroperasi 24 jam pada 2000.

MISI NADI IMAN MEDICAL :

MENJADIKAN NADI IMAN MEDICAL SEBUAH KLINIK YANG BERKUALITI TINGGI DAN SERBA LENGKAP. BERWAJAH PUSAT PERUBATAN YANG MEMPUNYAI KELENGKAPAN DAN PERALATAN TERBARU SEPERTI HOSPITAL. KE ARAH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MELEBIHI KEHENDAK DAN JANGKAUAN PELANGGAN.