Thursday, February 18, 2010

DENGUE SPOT TEST

DENGGI merupakan sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak dan dewasa di kebanyakan negara hari ini akibat dehidrasi (kekeringan), pendarahan atau renjatan (shock syndrom).

Shah Alam merupakan salah satu kawasan yang di ancam wabak Denggi lebih-lebih lagi apabila tiba musim hujan.

Pemeriksaan demam Denggi kebiasaanya memerlukan test kit dan ujian makmal yang mengambil masa 1-3 hari dan ini tidak termasuk cuti Sabtu, Ahad dan cuti umum. Keadaan ini mengundang risiko kerana kandungan platelet akan semakin berkurangan sepanjang tempoh itu dan ini akan menyebabkan kematian yang drastik.

Bagi masalah ketidakpastian samada pesakit dihidapi demam Denggi atau tidak, langkah mudah yang diambil oleh doktor adalah merujuk pesakit ke hospital. Namun apa yang mengejutkan adalah pesakit pulang dengan rawatan biasa. Ini hanya akan membuang masa pesakit. Kadagkala pula kes Denggi yang serius terlambat untuk dirujuk dan dihantar ke hospital. Ini menyebabkan ada sebilangan pesakit yang mengalami komplikasi dan kematian.

Kini di Nadi Iman Medical menyediakan perkhidmatan ‘Dengue Spot Test’ (Hematology and Dengue Test) yang akan mengurangkan berkali ganda risiko merbahaya akibat kelewatan keputusan tersebut dan pesakit benar-benar dirujuk ke hospital apabila tahap platelet rendah <50x103 (Hosp. Kerajaan) atau <100x103 (Hosp. Swasta) dengan PCV tinggi dan BP yang tidak stabil. Keputusan yang diperoleh adalah tepat dan hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja.

Kabaikan ‘Dengue Spot Test’ :
1. Doktor dapat mendiagnosis penyakit dengan tepat.
2. Mengurangkan kos pesakit.
3. Keputusan dalam masa 10-20 minit sahaja.
4. Pesakit dirujuk ke hospital apabila benar-benar perlu sahaja.
5. Mengurangkan beban hospital kerajaan.
6. Premium insuran tahunan dapat dikurangkan apabila kurangnya kemasukan pesakit ke hosp. & kes komplikasi.
7. Meningkatkan kerjasama di kalangan klinik-klinik.

No comments:

Post a Comment