Tuesday, February 9, 2010

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH NADI IMAN MEDICAL - KERJASAMA DENGAN HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG

Pada 6 Febuari yang lalu klinik Nadi Iman telah mengadakan program kempen derma darah atas kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Program ini berjalan dengan jayanya atas kerjasama orang ramai yang sedar akan kepentingan menderma darah. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang sempat dirakamkan oleh pihak Nadi Iman.


Nadi Iman Medical


Sesi mengisi borang


Pemeriksaan tekanan darah dijalankan bagi memastikan peserta layak untuk menderma atau tidak


Salah seorang peserta derma darah


Pengarah Urusan Nadi Iman juga tidak ketinggalan menderma darah


Di antara peserta yang memenangi cabutan bertuah


Suasana ketika program derma darah dijalankan


Jamuan turut disediakan


Pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang bertungkus-lumus menjayakan program derma darah Nadi Iman

Kami di Nadi Iman Medical ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta-peserta program derma darah Nadi Iman 2010 serta tidak dilupakan juga pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang banyak membantu dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment