Kini di Nadi Iman Medical menyediakan servis terbaru bagi memantau dan mengawal terjadinya penyakit Darah Tinggi beserta penyakit-penyakit yang terbitnya dari penyakit Darah Tinggi itu sendiri. Antara penyakit yang terbit daripada penyakit Darah Tinggi adalah 'Artherosclerosis' dan ini seterusnya membawa kepada kegagalan fungsi jantung, strok dan penyakit buah pinggang.

Justeru itu kami ingin memperkenalkan 'Ambulatory Blood Pressure Monitoring -24 Hours' (ABPM) yang berupaya memantau tekanan darah manusia selama 24 jam. Mesin ini tidak seperti mesin tekanan darah yang lain kerana ia berbentuk seperti jam dan tidak mengganggu aktiviti seharian. ABPM ini akan menunjukkan setiap tekanan darah, nadi dan ini memudahkan doktor mendiagnos penyakit yang dialami oleh pesakit.

Cara memakai ABPM ini adalah seperti berikut :

Di akhir pemantauan pesakit akan diberikan report hasil 24 jam memakai jam tersebut. Bentuk report adalah seperti di bawah.

No comments:
Post a Comment